Tuesday, December 22, 2009

Reban Banjir



Bila tiba hujung tahun musim hujan..,
perkara yang paling tidak dikehendaki ialah banjir..,
betapa seksanya bila banjir kat reban..,
semua pekerja dan staff kena kerahan tenaga,
samada mereka rela atau terpaksa..,
banyak kerja kena buat..,
habis tak kira sampai pukul berapa.





Friday, November 13, 2009

'Tapak' Batu Melintang, Jeli

Melihat bakal tapak yang seterusnya di Jeli, Kelantan..,
selain daripada wakil syarikat dan JPV..,
ada juga orang kampung yang turut serta..,
dan juga wakil ahli parlimen kawasan Jeli.
 
bakal tapak betul-betul di tepi lebuhraya Jeli-Grik..,
jarak antara bandar Jeli kira-kira 12 kilometer..,
terdapat kemudahan elektrik dan bekalan air.
 
kawasan ni tak ada jalan masuk ke kawasan tapak..,
perlu melalui tanak orang perseorangan..,
lebih kurang hanya 700 meter dari rumah terdekat.
 
tanah seluas 5.7 ekar..,
dipenuhi oleh pohon buah-buahan yang pelbagai..,
terdapat anak sungai yang membahagikan tanah.

tapak dalam pertimbangan.

Monday, November 9, 2009

Melawat 'Tapak'


Melihat bakal tapak tanah untuk dibuat reban ayam..,
berbaju hijau adalah Mr Anusorn bos kitaorang..,
yang ditengah-tengah orang yang berminat untuk membuat reban..,
kiri sekali adalah ketua jabatan haiwan Jeli.
 
kawasan tapak dalam tujuh kilometer daripada bandar Jeli..,
dua kilometer daripada jalan utama..,
satu kiometer daripada rumah dan tiang api terdekat.
 
kawasan kebun getah seluas 7.2 ekar..,
jika sesuai, boleh buat empat buah reban ayam telor..,
setiap satu reban berkapasiti 45,000 ekor ayam..,
dan sebuah mesin mengred telor.
 
kiri kanan adalah kebun getah..,
memang sesuai untuk membuat reban ayam.


masalahnya..,
jambatan yang terlalu kecil..,
jalan kampung yang banyak rumah untuk ke tapak..,
dikhuatiri akan menimbulkan masalah pada masa hadapan..,
lori seberat 20 tan keluar masuk setiap hari.

Wednesday, November 4, 2009

Tak Siap Lagi




 
Dah masuk dua bulan dari tempoh dua minggu yang dijanjikan siap..,
  tempoh dua minggu dari awal bulan September 2009..,
kalu tengok gaya memang dah nak siap sangat dah..,
entah apa la yang menyebabkan lambat..,
payah tul nak faham kija diaorang ni.



hari tu dah cat.., ni kena cat lain pulak..,
nampak masih baru lagi..,
lepas ni kena buat bumbung pula..,
hari tu tak ada gaya langsung macam nak pasang bumbung..,
dah buat pagar kawat kat atas tempat bumbung..,
entah siapa lah yang tak faham kerja siapa sekarang..,
nak kena tender buat bumbung lagi.., mahu 'dua minggu' lagi.



siap bumbung nanti.., nak kena pasang meter pulak..,
lepas tu entah apa lagi la.



Tuesday, October 27, 2009

LIVESTOCK 2009

Pameran bermula jam 10 pagi..,
orang dah ramai beratur untuk pendaftaran masuk..,
sesiapa yang mendapat jemputan dan mendaftar dalam talian,
kurang sibuk sikit kaunter pendaftaran..,
mereka yang datang untuk melihat pameran kena beratur panjang.

majlis perasmian dilakukan oleh Dato' Johari Baharum
Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani

suasana dalam pameran.., orang dah semakin ramai..,

antara yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada' penternak'



booth C.P Group yang sentiasa penuh..,
dapat merasa produk terbaru daripada syarikat.

mereka yang bersantai akibat keletihan..,
disamping dapat duduk dapat juga makanan dan minuman.

booth anak syarikat C.P Group..,
KPI Industri Co Ltd..,
lebih kepada barangan keperluan reban.

masih ramai yang beratur untuk masuk..,
jumpa lagi pada tahun 2011.

Sunday, October 25, 2009

Baja di Napoh

Baja dari bahan buangan ayam penelor..,
yang ni reban kat Napoh, Kedah..,
tenaga kerja kena import dari negara luar..,
ada dari Nepal, Bangla,Indon dan India..,
warga tempatan agak malu-malu sikit..,

menggunakan traktor kecil..,
di mana tempat buangan dapat memuatkannya..,

hasil kreativiti pengusaha..,
satu tong telah diguna pakai..,
bagi memudahkan tinja masuk ke dalamnya..,
serta tidak berterabur merata-rata..,

terdapat empat lorong tinja setiap satu reban..,
setiap lorong memerlukan sekitar 15 minit..,
bagi menyelesaikan urusan pengokotan keluar.

tokey dan bos kitaorang sedang memantau..,


tinja yang telah ditadah di bawa keluar..,
di bawa ke satu tempat untuk dikeringkan..,
proses pengeringan dalam dua minggu..,
itu pun kalau cuaca baik dan tidak hujan..,

baja yang telah kering..,
permintaan terhadap baja ini adalah tinggi..,
setiap satu guni hanya dijual empat ringgit..,
beli tiga guni dapat RM10..,
sehari mampu mengeluarkan 80 guni..,
sebulan dah berapa ratus guni.

Wednesday, October 21, 2009

LIVESTOCK ASIA 2009

Sesiapa yang berminat boleh lah datang..,
untuk melihat perkembangan terkini barangan ternakan..,
Ia hanya dua tahun sekali..,
dari 27-29 oktober 2009..,
bertempat Kuala Lumpur Convention Centre..,
10 pagi - 5.30 petang.

antara penaja yang menaja program..,
syarikat tempat kitaorang kerja pun menaja juga..,
yang dipenjuru sebelah kanan atas..,
warna hijau bunga lotus.

kata-kata hikmat Presiden(Malaysia) kitaorang.

antara barangan syarikat C.P Group Malaysaia..,
makanan ternakan ayam,itik,puyuh,udang dsb..,
anak ayam daging dan telor, ayam dara, udang dan telor..,
serta barangan sejuk beku jenama 5 star.

salah satu daripada anak syarikat C.P Group..,
syarikat Kasetpand Industry Co. Ltd..,
yang mempunyai kepakaran dari segi kelengkapan pertanian.

sebahagian daripada syarikat,
yang mengambil bahagian dalam pameran..,
lebih daari 100 syarikat..,
selain daripada itu ada juga forum.