Tuesday, October 27, 2009

LIVESTOCK 2009

Pameran bermula jam 10 pagi..,
orang dah ramai beratur untuk pendaftaran masuk..,
sesiapa yang mendapat jemputan dan mendaftar dalam talian,
kurang sibuk sikit kaunter pendaftaran..,
mereka yang datang untuk melihat pameran kena beratur panjang.

majlis perasmian dilakukan oleh Dato' Johari Baharum
Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani

suasana dalam pameran.., orang dah semakin ramai..,

antara yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada' penternak'



booth C.P Group yang sentiasa penuh..,
dapat merasa produk terbaru daripada syarikat.

mereka yang bersantai akibat keletihan..,
disamping dapat duduk dapat juga makanan dan minuman.

booth anak syarikat C.P Group..,
KPI Industri Co Ltd..,
lebih kepada barangan keperluan reban.

masih ramai yang beratur untuk masuk..,
jumpa lagi pada tahun 2011.

Sunday, October 25, 2009

Baja di Napoh

Baja dari bahan buangan ayam penelor..,
yang ni reban kat Napoh, Kedah..,
tenaga kerja kena import dari negara luar..,
ada dari Nepal, Bangla,Indon dan India..,
warga tempatan agak malu-malu sikit..,

menggunakan traktor kecil..,
di mana tempat buangan dapat memuatkannya..,

hasil kreativiti pengusaha..,
satu tong telah diguna pakai..,
bagi memudahkan tinja masuk ke dalamnya..,
serta tidak berterabur merata-rata..,

terdapat empat lorong tinja setiap satu reban..,
setiap lorong memerlukan sekitar 15 minit..,
bagi menyelesaikan urusan pengokotan keluar.

tokey dan bos kitaorang sedang memantau..,


tinja yang telah ditadah di bawa keluar..,
di bawa ke satu tempat untuk dikeringkan..,
proses pengeringan dalam dua minggu..,
itu pun kalau cuaca baik dan tidak hujan..,

baja yang telah kering..,
permintaan terhadap baja ini adalah tinggi..,
setiap satu guni hanya dijual empat ringgit..,
beli tiga guni dapat RM10..,
sehari mampu mengeluarkan 80 guni..,
sebulan dah berapa ratus guni.

Wednesday, October 21, 2009

LIVESTOCK ASIA 2009

Sesiapa yang berminat boleh lah datang..,
untuk melihat perkembangan terkini barangan ternakan..,
Ia hanya dua tahun sekali..,
dari 27-29 oktober 2009..,
bertempat Kuala Lumpur Convention Centre..,
10 pagi - 5.30 petang.

antara penaja yang menaja program..,
syarikat tempat kitaorang kerja pun menaja juga..,
yang dipenjuru sebelah kanan atas..,
warna hijau bunga lotus.

kata-kata hikmat Presiden(Malaysia) kitaorang.

antara barangan syarikat C.P Group Malaysaia..,
makanan ternakan ayam,itik,puyuh,udang dsb..,
anak ayam daging dan telor, ayam dara, udang dan telor..,
serta barangan sejuk beku jenama 5 star.

salah satu daripada anak syarikat C.P Group..,
syarikat Kasetpand Industry Co. Ltd..,
yang mempunyai kepakaran dari segi kelengkapan pertanian.

sebahagian daripada syarikat,
yang mengambil bahagian dalam pameran..,
lebih daari 100 syarikat..,
selain daripada itu ada juga forum.

Monday, October 19, 2009

Barang Gantian Dah sampai

Setelah agak lama menunggu,
akhirnya sampai juga barang yang di pesan..,
semua barang datangnya daripada Bangkok..,
melalui ejen syarikat di Penang..,
barang ni sangat diperlukan untuk menggantikan,
barang yang sedia ada kat reban sekiranya rosak..,
yang bergulung tu adalah P.E plastik..,
kegunaannya adalah sebagai dinding dan syiling reban ayam tertutup.

motor kren makanan..,
setiap kren makanan memerlukan tiga biji motor nie..
dua biji di bahagian bawah (kiri dan kanan0..,
sebiji lagi di bahagian atas..,
kalau tak ada motor ni kena tolak kren makanan..,
paling kurang tiga kali sehari..,
sekali tolah 200 kaki dengan beban dalam 500 kilo.

motor kipas reban..,
biasanya bearing motor yang rosak..,
kekadang bahagian dalam motor yang rosak..,
kalau nak baiki ambil masa sedikit..,
sementara nak baiki kena ada ganti..,
kalau tidak susah nak dapat suhu yang sepatutnya.

alat ni digunakan di luar reban..,
berfungsi ketika tiada elektrik..,
sekiranya lima minit tiada elektrik ,
maka dinding reban akan terjatuh secara automatik..,
udara daripada luar akan masuk ke dalam reban..,

alat untuk memberhentikan mesin..,
antaranya mesin makanan dan mesin kokot najis..,
sekiranya alat ni rosak..,
mesin tidak akan berhenti..,
menyebabkan perlanggaran ataupun jatuh.

Thursday, October 15, 2009

Sangkar Runtuh Hari Ke-12 (akhir)

Tanpa melengahkan masa, apabila masanya sudah tiba..,
maka sekelian ayam yang berada di luar di bawa masuk..,
diperlukan ramai gerombolan orang untuk memindah..,
paling kurang 10 orang, kalau tidak dua hari tidak saip lagi..,
ayam penelor yang dibawa hendaklah dipegang kedua kakinya..,
ini supaya kakinya tidak rosak..,
kerana ayam ni akan hidup dalam reban selama 14 bulan lagi..,

pemindahan dilakukan dengan berhati-hati..,
supaya kepak dan kaki ayam tidak rosak..,
yang mana menyebabkan ayam sukar makan dan minum..,
seterusnya pembentukan telor tidak terjadi..,
kemudiannya membawa kepada kematian..,

sangkar mempunyai tiga tingkat..,
sesiapa yang merasakan dirinya ringan..,
dipersilakan untuk mengisi sangkar bahagian atas..,
kalau tak ada kena la oojus.

ayam yang telah penuh sepenuhnya..,
sub tangki yang sentiasa dipastikan agar mempunyai air..,
di mana air yang telah dicampur vitamin..,
agar ayam dapat mengurangkan tekanan dalam diri..,


perkhemahan sementara yang telah kosong..,
dimana selama dua minggu mereka tinggal di luar..,
berpanas dan berhujan serta angin kencang..,
tidak tentu makan dan minum..,
menurunkan berat badan serta terdedah kepada jangkitan..,
banyak perkara perlu dilakukan..,
supaya ayam dapat mencapai tahap pengeluaran,
yang dikehendaki dan tidak mendapat penyakit.

Wednesday, October 14, 2009

Sangkar Runtuh Hari Ke-11

Dah siap 100%..,
bekas makanan dah ada..,
nipple line untuk minuman dah sedia..,
sangkar pun dah baiki sepenuhnya..,
cuma tunggu masa yang sesuai sahaja nak pindah ayam masuk..,

cubaan pertama untuk ayam masuk dalam sangkar..,
supaya ayam berasa lebih selesa..,
tidak lah nanti ayam merasa tekanan..,
agar dapat menjana telor yang lebih banyak.

kerja -kerja kecil masih dilakukan..,
supaya masa tidak terbuang begitu sahaja..,
dah lah dia datang dari jauh (Bangkok)..,
sementara dia ada, apa salahnya mencantikkan reban sikit.

palang 'T' yang telah siap sepenuhnya..,
supaya dapat menampung berat beban..,
agar kejadian yang sama tidak berlaku..,
selepas ni reban yang lain wajib ada benda ni..,
kalau tak, makan hati la.


tunggu orang datang nak pindah ayam jer..,
ayam pun dah cek sangkar dia.

Tuesday, October 13, 2009

Sangkar Runtuh Hari Ke-10

Mula masukkan sangkar dalam rangka,
dua orang jer masukkan sangkar..,
dua orang lagi memateri mana yang belum siap..,
dalam setengah hari boleh siap separuh rangka..,
kena minta tolong kelindan lori kitaorang..,
kalau tidak tidak cukup pasangan nak buat kerja.

sangkar bahagian atas memang tidak ditanggalkan..,
bahagian tengah dan bawah sahaja yang ditanggalkan..,
nak menanggalkan senang sahaja..,
untuk memasang semula itu yang masalah sikit..,
sebab masa tanggal buat lebih kurang..,
nak pasang balik, tahu la nasib.

dah pasang, kena ikat dengan dawai la pulak..,
kalau tidak tidak lekat di rangka..,
yang ni memang leceh sikit..,
banyak yang kena ikat dan memakan masa..,
nak membetulkan sangkar yang bengkok dan rosak..,
nak memadankan dengan yang sebelah..,
memang berpeluh jantan la jawabnya.

beginilah rupanya, bila dah diletakkan di rangka..,
batang paip G.I tu kena cat sedikit..,
cat bahagian yang berisiko tinggi.

pekerja syarikat yang sangat komited..,
dua orang ni jer yang pasang sangkar..,
bawa masuk dari luar reban ke dalam..,
pasang dan kemaskan.

Sunday, October 11, 2009

Telor Dari Kuantan

Pandangan hadapan lori syarikat daripada Kuantan..,
Seminggu dalam 2-3 trip lori ni datang Kelantan..,
Biaasanya pukul 8 pagi lori ni dah ada depan pagar..,
diaorang bertolak malam dari Kuantan.


telor di Kuantan kapasiti sekitar 10,000 tray..,
dalam satu-satu masa (paling sikit)..,
sehari dalam 300,000 biji.

diaorang datang selalu tiga orang..,
kalau datang dua orang, balik rumah demam..,
sekali hantar telor ke sini dalam 3,000 tray (sarang)..,
yang bersamaan dengan 90,000 biji.
sekali angkat 10 tray, kalau dah 3,000..,
berapa kali pergi balik dalam lori..,
biasanya dua orang kat atas lori dan seorang kat bawah.

satu pallet letak 200 sarang telor..,
tinggi 10 dan 15 tingkat..,
senang nak kira, takut tak cukup..,
hantar mengikut gred yang kitaorang pesan..,
AA,A,B,C,D yang pelanggan mintak.

bila dah cukup 200 sarang atas palllet..,
pekerja yang ada di belakang (duduk),
akan letak kat tempat simpan mengikut gred..,
sebelum lori keluar kena kira cukup ke tidak..,
nanti tak pasal-pasal stok hilang pulak.

Saturday, October 10, 2009

Mengemas Rangka Dan Reban

Sedikit jer lagi nak kena baiki..,
ni dah kira nak mengemaskan sikit-sikit..,
cat anti karat bahagian yang penting..,
supaya pisang tidak berbuah dua kali.
mengecat bahagian tuan reban yang buat.

dah mula bawa sangkar masuk..,
cuba dahulu sebaris pendek..,
takut-takut tak muat pula nanti..,
bila dah siap teknisien balik Bangkok..,
payah la pulak kitaorang yang tinggal..,
tak ada la, susah mana nak buat..,
cuma tuan reban kurang yakin jer..,
maklumlah perbezaan pakar dengan amatur.

bila dah kemas-kemas..,
barulah mesin makanan boleh digunakan..,
sebelum ni mesin makanan digunakan sebagai
pengangkat sangkar bersama dengan chainlock..,
bila dah rangka sangkar siap, lega sikit..,
dah tentu tuan reban, lega banyak.

beginilah keadaannya bila mesin boleh guna..,
ayam pun dah kurang tekanan..,
apatah lagi tuan punya reban..,
tapi baru separuh yang boleh makan dengan aman..,
yang kat luar lagi 3000 ekor merana.

Friday, October 9, 2009

Baiki Sangkar Hari Ke-8

Setiap pagi sebelum masuk reban..,
turunkan dinding reban dahulu..,
nak buat kerja-kerja memateri..,
tentunya banyak asap yang menerawang..,
nanti lemas la pula siapa yang buat kerja.

ni baru nampak terbuka sedikit sahaja..,
bila dah terbuka semua lagi cerah dalam reban..,
dinding ni kalu tak ada elektrik jatuh sendiri..,
dalam lima minit jatuh sebelah kiri..,
dua minit berikutnya jatuh sebelah kanan.
pandangan dari belakang reban..,
ini membuktikan dah siap sampai belakang..,
yang teras dah siap tinggal yang kecil jer.

pandangan dari bawah..,
nampak pengokot najis yang tak bergerak..,
dah nak masuk dua minggu tak kokot najis..,
bau dan ulat lalat dah mula banyak.

tinggal nak pasang palang sangkar..,
serta palang 'T' nak kukuhkan lagi.-1