Sunday, October 11, 2009

Telor Dari Kuantan

Pandangan hadapan lori syarikat daripada Kuantan..,
Seminggu dalam 2-3 trip lori ni datang Kelantan..,
Biaasanya pukul 8 pagi lori ni dah ada depan pagar..,
diaorang bertolak malam dari Kuantan.


telor di Kuantan kapasiti sekitar 10,000 tray..,
dalam satu-satu masa (paling sikit)..,
sehari dalam 300,000 biji.

diaorang datang selalu tiga orang..,
kalau datang dua orang, balik rumah demam..,
sekali hantar telor ke sini dalam 3,000 tray (sarang)..,
yang bersamaan dengan 90,000 biji.
sekali angkat 10 tray, kalau dah 3,000..,
berapa kali pergi balik dalam lori..,
biasanya dua orang kat atas lori dan seorang kat bawah.

satu pallet letak 200 sarang telor..,
tinggi 10 dan 15 tingkat..,
senang nak kira, takut tak cukup..,
hantar mengikut gred yang kitaorang pesan..,
AA,A,B,C,D yang pelanggan mintak.

bila dah cukup 200 sarang atas palllet..,
pekerja yang ada di belakang (duduk),
akan letak kat tempat simpan mengikut gred..,
sebelum lori keluar kena kira cukup ke tidak..,
nanti tak pasal-pasal stok hilang pulak.

No comments:

Post a Comment