
Persiapan memasang khemah sementara..,
antara kelengkapan yang perlu disediakan
untuk ayam penelor yang mengalami sangkar runtuh..,

khemah yang ni syarikat beli..,
untuk menampung keperluan..,
bukan tak boleh pinjam kat mana-mana..,
tapi takut terpinjam lama sangat..,
kalau pinjam 2-3 hari tak apa.

yang ni pinjam dari saudara terdekat tuan reban..,
ayam terpaksa bersesak-sesak..,
rasanya dalam 0.45 kaki persegi jer seekor..,
nak pusing pun payah ayam tu.

perhimpunan ayam-ayam antarabangsa layaknya..,

antara kesukaran adalah memberi makan dan minum..,
ayam banyak minum sebab panas matahari dan bersesak-sesak..,
nak berjalan pun dah sukar,
untuk meletak bekas makanan dan minuman..,
nak mengutip telor ayam yang berselerak..,
belum campur bahan buangan lagi..,
ayam dan tuan mengalami tekanan melampau.
No comments:
Post a Comment