Thursday, October 1, 2009

Sangkar Runtuh

jam 6.30 petang 29hb september 2009..,
sangkar ayam kerangka tengah telah tumbang..,
yang memuatkan 3,250 ekor ayam penelor..,
pada paginya ayam tersebut baru dimasukkan kedalam
sangkar yang baru tiba dari kuantan.

proses memindah semula ayam keluar..,
letih pagi tadi, masuk ayam tak habih lagi..,
malam kena pindah ayam keluar semula.

'kurungan' yang baru dibuat..,
memastikan ayam tidak bertempiaran..,
malam ayam kurang aktif..,
siang hari, ayam sahaja yang tahu.

penyelia yang prihatin terhadap ternakannya..,
memberi sesi kaunseling supaya diri sendiri tiada tekanan.

ayam yang agak kelaparan..,
setelah perjalanan jauh dari kuantan ke KB..,
terpaksa menahan kesejukkan malam..,
hanya sebuah khemah yang sempat disediakan..,
selesai memindahkan ayam..,
menyediakan kurungan dan teduhan..,
memasang tempat makanan ayam..,
menghampiri tengah malam.

No comments:

Post a Comment