Thursday, October 15, 2009

Sangkar Runtuh Hari Ke-12 (akhir)

Tanpa melengahkan masa, apabila masanya sudah tiba..,
maka sekelian ayam yang berada di luar di bawa masuk..,
diperlukan ramai gerombolan orang untuk memindah..,
paling kurang 10 orang, kalau tidak dua hari tidak saip lagi..,
ayam penelor yang dibawa hendaklah dipegang kedua kakinya..,
ini supaya kakinya tidak rosak..,
kerana ayam ni akan hidup dalam reban selama 14 bulan lagi..,

pemindahan dilakukan dengan berhati-hati..,
supaya kepak dan kaki ayam tidak rosak..,
yang mana menyebabkan ayam sukar makan dan minum..,
seterusnya pembentukan telor tidak terjadi..,
kemudiannya membawa kepada kematian..,

sangkar mempunyai tiga tingkat..,
sesiapa yang merasakan dirinya ringan..,
dipersilakan untuk mengisi sangkar bahagian atas..,
kalau tak ada kena la oojus.

ayam yang telah penuh sepenuhnya..,
sub tangki yang sentiasa dipastikan agar mempunyai air..,
di mana air yang telah dicampur vitamin..,
agar ayam dapat mengurangkan tekanan dalam diri..,


perkhemahan sementara yang telah kosong..,
dimana selama dua minggu mereka tinggal di luar..,
berpanas dan berhujan serta angin kencang..,
tidak tentu makan dan minum..,
menurunkan berat badan serta terdedah kepada jangkitan..,
banyak perkara perlu dilakukan..,
supaya ayam dapat mencapai tahap pengeluaran,
yang dikehendaki dan tidak mendapat penyakit.

No comments:

Post a Comment