Thursday, October 8, 2009

Sangkar Runtuh Hari Ke-7

Setiap pagi beginilah keadaanya..,
mengantung sangkar kehadapan lagi sedikit..,
sedikit-sedikit lama-lama siap ler..,
biasa tiga orang jer yang buat..,
kalau pemandu lori tak sibuk dia tolong sekali..,

mengantikan batang paip merangkap tiang sangkar..,
kena yang pandai buat baru jadi..,
kalau tak makin berlubang batang paip..

dia ni lah yang pateri..,
import khas dari Bangkok nie..,
dulu dia kerja kat Kuwait..,
baru jer join syarikat kitaorang..,
kalau cakap dengan dia macam ayam ngan itik..,
nasib baik penyelia kitaorang orang Siam..,
tu pun macam Kelate vs Negori.
tiang yang bawah patah..,
ganti yang lain yang baru punya..,
sambung pakai paip dua inci..,
kalau tak leceh sambung-sambung..,
macam hari yang mula-mula buat..,
yang ni nampak kemas dan hensem sikit.

dah siap separuh jalan dirikan rangka sangkar..,
tapi banyak lagi kerja lain..,
lebih kurang seminggu lagi baru siap ni..,
nak pateri palang dia lagi..,
nak masukkan sangkar lagi..,
nak masukkan ayam semula.-1


No comments:

Post a Comment