Wednesday, September 30, 2009

Cuci Reban

Selepas semua ayam pencen ditakai..,
proses seterusnyamencuci reban yang
mengambil masa lebih kurang dua bulan..,
termasuk menampal dinding dan syiling.
keadaan reban yang dah 80% siap..,
tinggal nak sembur pembasmi kuman..,
ikat sangkar yang nak tercabut..,
membilas air dalam tempat minuman.
mengecat apa yang patut..,
seperti kren makanan.
serta menyembur anti karat.-1

Aktiviti Menjelang Raya

Tiap-tiap tahun perkara paling penting
adalah upacara memberi kad raya..,
setiap cawangan dapat paling kurang 50 keping kad..,
kad akan diberi kepada penternak kontrak, jabatan kerajaan yang
selalu kitaorang berurusan.
Selain kad raya, biasanya kitaorang
bagi sedikit cenderamata sebelum raya..,
apa lagi kalau bukan telor untuk setiap
kakitangan jabatan yang berkenaan..,
upacara lain yang tak pernah ketinggalan ialah
majlis berbuka puasa bersama penternak, staff dan
jemputan.

Thursday, September 17, 2009

Tugasan Penternak Kontrak



tugasan 'wajib' penternak sistem kontrak..,
alah bisa tegal biasa.

Tuesday, September 15, 2009

Majlis Berbuka Puasa

pada 15 hb september 2009 pihak syarikat telah
mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di
Ridel Hotel, Kota Bharu..,

Antara jemputan adalah pihak Jabatan Verterinar Kelantan
dan pihak Agrobank.., di samping penternak ayam telor
kontrak syarikat beserta pasangan masing-masing selain
pekerja syarikat.

Monday, September 7, 2009

Cari + Baiki

Banyak kedai dah cari benda ni..,
Ada orang paanggil takal..,
bukan tak ada.., ada tapi besi punya..,
yang besi tak berapa nak guna sebab kabel selalu terbelit..,
bila dah terbelit akan putus pula kabel tu.

ni piring motor air..,
tembaga punya..,
ada juga yang plastik..,
ni pun ada satu jer stok kat kedai..,
payahnya nak beli barang.

ni pun piring motor air juga..,
tapi yang dah rosak tahap kritikal..,
rasanya masuk pasir kot..,
kalau tak motor air tak jalan pulak..,
tak der 'aircond' ler reban ayam nanti.-5

Friday, September 4, 2009

Dakwaan Kecurian

ni bukan kali pertama reban ni kata di curi..,
rasanya masuk ni entah kali keberapa dah..,
bila kita suruh buat laporan polis..,
dia kata polis nak bukti..,


dinding kayu papan lapis yang dakwanya telah dikopak..,
biasanya bulan puasa ni, ayam turut berpuasa..,
menjadikan peratusan pengeluaran turun..,

antara barang yang rosak akibat kejadian 'kecurian'..,
termasuk talipon bimbit berjenama mahal yang mampu merakam..,
(talipon bimbit telah dibuang..?)...???
agak sukar nak kenal pasti adakah kejadian benar-benar terjadi.-8

Thursday, September 3, 2009

Pelihara Sendiri

reban individu yang memelihara sendiri ayam penelor..,
pakcik ni bela mula dari umur ayam sehari...,
mana nak potong paruh lagi..,
mana nak kena vaksin ayam sendiri..,
kapasiti ayam lebih kurang 2000 ekor..,

semua peralatan pun pakcik ni buat sendiri..,
sangkar,bekas makanan, bekas minuman serta reban..,
dengan modal yang amat terhad.

tanpa ada pengetahuan memelihara ayam penelor..,
berapa gram makan sehari untuk seekor..,
cahaya berapa jam sehari..,
bila masa untuk vaksin dan potong paruh..,

beliau juga tidak tahu harga telor semasa..,
berapa harga dedak seguni..,
kepada siapa yang perlu dirujuk..,




paling kurang dedak nak guna empat bag sehari..,
kalau harga RM60 satu bag..,
sementara pengeluaran telor tidak mencapai sasaran..,
makan modal.

Wednesday, September 2, 2009

Masalah Pengurusan

masalah yang paling ketara sekali..,
banyak telor pecah sebab kutip lambat..,
sebiji telor untung dua sen..,
pecah sebiji kena ada 12 biji untuk balik modal semula..,
kekadang dalam sehari ada lebih 10 biji yang pecah..,
itu belum kira yang retak lagi..,

tinja yang tak dikaut keluar hari-hari..,
kalau macam ni punya banyak, dah makan bulan..,
ayam pun nak hidup selesa juga..,
ayam pun tahu tekanan yang menyebabkan kurang bertelor..,
gas ammonia dah banyak boleh mati ayam.

makanan yang diberi terlalu banyak..,
bila dah lama bau makanan dah hilang..,
orang pun tak makan nasi yang terlalu sejuk (lama)..,
makanan lama akan menyebabkan kulat..,
yang akhirnya ayam akan batuk-batuk(sakit)

tahap kebersihan yang menyedihkan..,
lantai ni sepatutnya disapu setiap hari..,
ni dah macam sebulan tak sapu..,
kalau lantai pun tak sapu, nak buat perkara lain payah la sikit..,
nanti siapa yang rugi.-4

Tuesday, September 1, 2009

Makan Masa

Projek ni mesyuarat punya la lama dah..,
September 2007 lagi..,
sekarang dah masuk dua tahun..,
ni bukan kes makan masa jer, makan hati sekali..,

masa mesyuarat tu siap tanya lagi nak cepat ker nak lambat..,
nak cepat tiga bulan nak lambat lima bulan..,
tak tahu la diaorang satu bulan ada berapa hari..,
nie bukan salah pihak yang menyalurkan tenaga tetapi pihak yang mintak..,

baru nampak ada kemajuan dalam minggu ni..,
ari tu kata bulan tiga 2008 boleh siap..,
bawa-bawa bersabar..,

mengikut sumber, dalam dua minggu dah boleh guna kemudahan..,
tapi takut boleh tengok jer..,
dah lama juga ayam tu tinggal dalam reban yang kepanasan..,
kadar kematian yang tinggi..,
tahap pengeluaran juga merudum-11.