Friday, November 13, 2009

'Tapak' Batu Melintang, Jeli

Melihat bakal tapak yang seterusnya di Jeli, Kelantan..,
selain daripada wakil syarikat dan JPV..,
ada juga orang kampung yang turut serta..,
dan juga wakil ahli parlimen kawasan Jeli.
 
bakal tapak betul-betul di tepi lebuhraya Jeli-Grik..,
jarak antara bandar Jeli kira-kira 12 kilometer..,
terdapat kemudahan elektrik dan bekalan air.
 
kawasan ni tak ada jalan masuk ke kawasan tapak..,
perlu melalui tanak orang perseorangan..,
lebih kurang hanya 700 meter dari rumah terdekat.
 
tanah seluas 5.7 ekar..,
dipenuhi oleh pohon buah-buahan yang pelbagai..,
terdapat anak sungai yang membahagikan tanah.

tapak dalam pertimbangan.

Monday, November 9, 2009

Melawat 'Tapak'


Melihat bakal tapak tanah untuk dibuat reban ayam..,
berbaju hijau adalah Mr Anusorn bos kitaorang..,
yang ditengah-tengah orang yang berminat untuk membuat reban..,
kiri sekali adalah ketua jabatan haiwan Jeli.
 
kawasan tapak dalam tujuh kilometer daripada bandar Jeli..,
dua kilometer daripada jalan utama..,
satu kiometer daripada rumah dan tiang api terdekat.
 
kawasan kebun getah seluas 7.2 ekar..,
jika sesuai, boleh buat empat buah reban ayam telor..,
setiap satu reban berkapasiti 45,000 ekor ayam..,
dan sebuah mesin mengred telor.
 
kiri kanan adalah kebun getah..,
memang sesuai untuk membuat reban ayam.


masalahnya..,
jambatan yang terlalu kecil..,
jalan kampung yang banyak rumah untuk ke tapak..,
dikhuatiri akan menimbulkan masalah pada masa hadapan..,
lori seberat 20 tan keluar masuk setiap hari.

Wednesday, November 4, 2009

Tak Siap Lagi




 
Dah masuk dua bulan dari tempoh dua minggu yang dijanjikan siap..,
  tempoh dua minggu dari awal bulan September 2009..,
kalu tengok gaya memang dah nak siap sangat dah..,
entah apa la yang menyebabkan lambat..,
payah tul nak faham kija diaorang ni.



hari tu dah cat.., ni kena cat lain pulak..,
nampak masih baru lagi..,
lepas ni kena buat bumbung pula..,
hari tu tak ada gaya langsung macam nak pasang bumbung..,
dah buat pagar kawat kat atas tempat bumbung..,
entah siapa lah yang tak faham kerja siapa sekarang..,
nak kena tender buat bumbung lagi.., mahu 'dua minggu' lagi.



siap bumbung nanti.., nak kena pasang meter pulak..,
lepas tu entah apa lagi la.